>

Baby, bila nak keluar??



Salam..

Tiba tiba saye terasa rajin pula nak menaip pepagi ni kan. Haritu macam rushing je cara saye update entri.
Hari ni saye cuba update in proper ways sikit. Cepat je saye rasa masa berlalu sampai ke 39 minggu dah saye mengandung. Tapi dok tertanya tanya bila baby ditakdirkan keluar. Hehehe.. Sampai harini saye tak rasa macam nak bersalin lagi. Mungkin sebab saye pertama kali dan tak reti ape ape pon. 

Hari ni saye dah 39 minggu tapi masih lagi membawa perut. Ohwww anak, bila agaknya awak nak keluar? Boleh mom lupakan segala kusutnye kepala ni haa.. Boleh rehat sikit dari fikir bende mengarut ni. Biar orang lain yang settlekan. Hahaha.. Ingat bole ke?? Tapi serious sayang, mom dah lah tak larat. Dengan segala macam masalah dari A sampai Z mom fikirkan ntah macam tak habis nak fikir. haizz!! Bikin mom tension dan nak mengamuk kot!! Last last mom hanya mampu menangis. Huhuhu.. Mom sensitif kan sayang.


Orang kata tanda-tanda nak bersalin macam period pain, memulas kan. Semua tu saye dah rasa. Tapi on off. Kejap ada. Lama nau baru dtg balik. Memang bukan masa lagi lah nak bersalin. Sakit kat kelengkang, peha ni jangan cakap laaa. Macam apa ntah rasanya. Memang terbaik. Kalau duduk kat bawah, nak bangun memang terbaik. Kalau baring, mengiring nak tukar posisi pulak. Memang sakit. Ya Allah memang saye tak tahan dah ni. Cepat-cepatlah beranak. Jalan pun sama. Kalau jalan kat shopping complex tu dah rasa seksa. Bawak perut yang memboyot ni memang sakit tau. Saye rasa orang yang pernah mengandung tahu sangat lah kan. Memang tak selesa.

Entahlahhh. Bila lah saye nak beranak ni. Puas kot pujuk baby ni. Tapi tak keluar-keluar jugaaa. Rasa macam nak menangis dah ni nak bawa badan perut dengan otak sengal fikir bebukan yang tak pernah habis ni. Tensionnnyaaa. Huwaaaaaaaaa..



0 Budak Comel:

Post a Comment