>

Tabahlah wahai hati



Salam..

Saya bakal melalui satu fasa yang sedikit sukar untuk saya lalui seorang diri tanpa sesiapa pon yang akan membantu. Risau? Macam-macam perasaan ada tapi semuanya saya serah di tangan Yang Maha Esa. Cuma kadang kala saya tewas dalam segala kekuatan yang saya kumpul menghadapi hari mendatang. Payahnye sukarnye tapi saya tau saya perlu kuat demi anak yang bakal dilahirkan. Setiap pagi saya katakan pada diri "tolonglah hadapi harini sampai terbenamnya matahari" . Bertapa pon dengan linangan air mata tapi saya tau saya perlu juga kuatkan semangat yang hampir tiada pon.


Setiap kali rasa baby bergerak, berfutsal dalam perut, hati bercampur baur gembira, sedih, kecewa hampir semuanya mengundang tangis. Berkali juga hati berbisik "Anak tanpa belaian seorang ayah, Anak tanpa didikan seorang ayah, Anak tanpa pelukkan seorang ayah, Anak tanpa ayah"  Ya Allah, kuatkanlah hati ini. Kuatkan anak yang bakal lahir ini. Bertapa saya harus bersedia dari segala segi untuk membesarkannya tanpa seorang Ayah! Saya bangun. Saya cuba duduk. Mengatur segala langkah. Mengatur segala strategi. Mengatur segala kehidupan yang pasti akan membenarkan saya berdiri teguh walau tsunami ape pun bakal saya harungi nanti. Saya perlu. Saya wajib mengatur segalanya sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya tanggungjawab yang amat besar dibahu yang telah diamanatkan oleh Yang Maha Esa. Yang menyambung keturunan Adam dan Hawa. Anak kurniaan Allah. Walau hinanya dia dilahirkan tapi akan saya pastikan, akan saya dayakan untuk membesar, mendidik anak itu dengan penuh kesempurnaan. Walaupun pada hakikatnya dia tidak sesempurna anak² lain yang dapat memegang tangan kedua ibu bapa. Yang dapat gelak tawa gurau senda bersama kedua ibu bapa dalam masa yang sama.

Wahai anak, kalau mom tak mampu melaksanakan tanggungjawab ini maafkanlah sayang. Mom sedaya upaya bernafas demi kamu. Walau apa pon yang rancangan mom untuk kamu, maafkanlah sayang. Cuma, cuma mom hanya ingin yang terbaik untuk kamu. Yang terbaik dari apa yang mom lalui. Cuma untuk kamu merasai dunia ini bukanlah kejam sayang. Manusia yang kejam. Mom jua kejam melahirkan kamu tanpa seorang ayah. Namun kamu adalah amanat Allah yang tak mungkin mom buang walaupun ayah kamu sendiri pun tak inginkan kamu. 

Wahai hati tabahlah selagi mampu..

0 Budak Comel:

Post a Comment