>

Kawan mata duitan


Salam.. 

Bukan niat nak kutuk kawan atau nak buat diri sendiri baik sangat. Tk pulak terlintas sampai saat sabar dah takde tahap maka terpost lah entry ni. Manusia sekarang duit adalah segala galanya. Kononnye duit boleh bawak mati. Saye cina tapi saye takde pulak kepercayaan macam ni. And si kawan pulak cina tak pulak percaya benda camtu tapi bila bab duit dye lah gila. Okeyh, kasar sikit bahasa sebab memang agak marah tahap goku nak lawan ngan bezita. Hahaha.. Larik topik. 

Ni saya buat post ni sebab tau awak follow awak and bace ape yang saya taip. Awak kan 24/7 online. Free je tak buat ape kan. Elok lah tu hidup ke tua mengharap duit jatuh ke riba je taknak keje. Marah? Ape tak betol yang saya dok cakap ni. Bak kata awak sendiri kita sama membesar. Kenal dari kecik sampai sekarang. Sama tau macam mane kita hidup di RKK. Tapi lepas tu terpisah sampai jumpa awak lagi awak memang tak pernah berubah walhal sikit pon. Ingat di RKK kes awak sampai masok newspaper? Syabas sebab sampai sekarang pon awak masih yang dulu itu. Hebat sangat! Saya tutup mulut sebab kite ni kawan. Saya buat tak tau je nak buat ape saya bukak aib awak kan. Dapat pahala ke? Takde pon. Tapi awak? Awak kawan paling best kan 5minit tau kisah saya mase tu jugak awak bukak aib saya dengan kazen saya kan. Sebab awak kenal dye awak buat ikut mulut je. Saya tahan marah. Saya sabar saya pujuk hati awak terlepas cakap. Tapi mintak maaf pon awak tidak kan. Sebab awak sendiri cakap "maaf awak berharga dari permata"! Okey fine. Bagusnye awak. 


"Saya jumpa itu saya punya"! Amboi sedap je cik kak. Kalau benda atau duit tu milik orang lain awak ambik tanpa izin tu mencuri namanya. Orang kata awak mencuri tau pulak awak nk marah. Bab duit awak memang taknak kalah. 5 minit orang terlupa letak je duit awak jumpe awak terus je ambik?! Perangai ape awak ni entah lah. Sekali dua saya bersabar je dengan perangai cepat tangan awak tu. Lame hilang pulak sabar saat orang bebetol perlukan duit tu awak bole pulak ambik. Ya Allah, ape takde perasaan ke cane? Awak hidup dengan menipu duit orang tua buta tu berkat ke? Sampai bile? Awak taknak keje mengharap orang tua buta tu bagi awak duit. Sumpah kesian sangat tengok orang tua tu awak sepak terajang kalau tak bagi duit secukup yang awak minta. Mata celik je awak tak keje. Gadai maruah sana sini demi duit bagus ke? Awak kate saya diperbodohkan sebab cinta. At least saya tak bodoh sebab duit. 

Talam dua muka sesuai dengan awak. Dengan boyfriend awak semua baik. Bila awak buat salah awak suruh saya cover depan bf awak. Sampai saya sangat menyampah dengan sikap pura pura baik awak. Baik pergi je kat awak. Jahat pergi je kat saya. Awak buat salah saya yang di salahkan. Gila saya bersabar kawan dengan awak hanya sebab family saya kenal awak. Sekarang saya penat nak bersabar dengan perangai 'baik' awak. Cakap tak serupa bikin tu apelagi. Dah sejuta kali penat dah. Lepas ni saye nak tengok camner awak teruskan hidup dengan segala perangai awak. Orang bukan tak terima awak kerana awak janda tapi kerana perangai awak sendiri nampak sangat pura pura. Cakap lemah lembut bile marah depan semua orang awak pijak. Ade jin eh dalam diri tu? 

Taknak bukak banyak sebagai mana banyak awak bukak aib saya. Sebab saye masih kenang lagi kita kawan. Saya kenang lagi awak pernah berbudi tumpangkan saya tinggal kat umah awak. Sampai saat awak halau saya macam sampah. Terima kasih sebab pernah jadi kawan 'baik sangat' terima kasih jua atas sumpah seranah and segala kutukan hinaan awak pada saya kat laman sosial. Tolong bijak sikit pon jadi lah. Tak elok menampakkan sangat kebodohan tu pada umum. Thank you!




0 Budak Comel:

Post a Comment