>

Bilik sewa, kerja dan orang baru


Salam.. 

Sekarang dah stay berdua ngan 'my little sunshine' yang dalam perut mane bole dok jadi teman berbicara. Bercakap jelaa ngan dinding putih. Bilik sewa dengan sistem security and CCTV dengan sewa RM220 sebulan boleh tahan sunyi sepi. Macam "kau buat hal kau, aku buat hal aku" so ape lagi bercakap lah ngan dinding. Heh! 


Tudiaa.. Siyes tahap nak mati akal tak buat ape. Takde kawan atau sesapa pon. Lepas tu idea kene cari keje. Baru tak bosan. Alhamdulillah, rezeki saya dapat keje kerani account. Hujung minggu pulak saye jadi cikgu tuisyen. Bukan sebab nak kejar duit sebab tak tahan bosan and otak suka nak fikir benda mengarut. Penat pon usah cakap lah tapi tak boleh layan sangat penat. Penat vs bosan sepi sunyi sendiri semua dah ade pada saya. Takkan saya nak layankan semua sebab yang dalam perut pon nak hidup. Saya kena kuat demi dye. Takpe saya camner tp dye kene hidup. Itu janji saya pada diri sendiri. Cukuplah saya mencuba bangkit sendiri saya perlukan semua kekuatan demi hidup dye nanti. InsyaAllah..

Kat tempat kerja lak mesti ade ramai mak joyah kepoh sane sini kan? Jawapan selamat atau cara selamat jangan banyak bukak mulut. Takpe orang kate awak sombong. Awak pon kene jaga hati sendiri kan? Penat lah nangis sendirian mase mandi sebab kata kata orang. Penat. Nak abaikan tk boleh pulak kene gak layan so cari cara elakkan semua selagi boleh. 



0 Budak Comel:

Post a Comment