>

Kerana beratnya bahu memikul


Salam..

Pengakuan eksklusif tentang 'rahsia diri' bukanlah sesuatu yang semudah-mudahnya akan dilakukan oleh manusia kepada sebarangan orang. Apalagi jika 'rahsia diri' itu adalah sesuatu yang sebolehnya hendak disembunyikan kerana bakal mengaibkan diri sendiri jika 'terjatuh ke riba' pihak-pihak lain. Tetapi ada kalanya 'rahsia diri' jika dipendam keseorangan akan menjadi umpama 'racun berbisa' yang makin disimpan rapi makin ianya merebak umpama 'kanser' yang sungguh menyakitkan jiwa dan pemikiran. Maka seseorang yang dipercayai haruslah dicari untuk 'melapangkan jiwa' daripada 'kanser-kanser' yang sungguh menyeksakan itu!

Namun yang telah terjadi memang perit untuk mengaku. tapi itulah musibah pertama yang perlu hadapi. Belajarlah untuk bertanggungjawab serta yang telah berlaku jangan ditambah lagi dengan dosa yang lain. Seharusnya bertanggungjawablah atas apa yang berlaku. Kita tak tahu musibah dan laknat Allah pada masa akan datang. Adakah akan ada berkat dalam hidup jika melakukan pengguguran meskipun insaf di atas keterlanjuran? Percayalah. Sebaik mana manusia, apabila seseorang itu dapat lari dari dosa dengan melakukan dosa lagi besar, dia akan melakukan dosa yang sama juga. Usahlah ditambah dosa yang ada.


Saye. Yee, saye jua menghadapi situasi yang tidak pernah terlintas akan terjadi. Selalu bace newpaper kisah gadis terlanjur dan bagaimana meraka menghadapi semua tu. Namun bila saye berada si situasi yang perlu saye tangani sendiri saye jadi insan paling lemah dalam segala bentuk emosi. Tapi sedar ianya beban tanggungjawab yang perlu dipikul walau bertatih, walau perlu menyusur jalan yang perit, sedaya upaya jua bertahan demi nyawa yang tidak berdosa ini.

Benar kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul beban. Beban perasaan beban hinaan beban mencari mana yang betul untuk di lakukan. Wahai jue, bersabarlah. Sedari nasib memang begini tabah lah. Andai mereka tidak punya sedikit pun rasa cubalah memaafkan mereka. Mereka jua terluka. Mungkin jua ini karma.


0 Budak Comel:

Post a Comment