>

Aku penat hidup ..



Salam..

Hidup ini jelas adalah satu perjalanan. Ada permulaan dan sudah pastinya ada pengakhiran. Kita bermula dengan kelahiran dan pasti akan berakhir dengan kematian. Dalam merentasai gelombang kehidupan, kita tidak pernah lari dari melayan kerenah manusia. Dari sahabat handai sehingggalah mamak yang mengambil pesanan di meja makan, semuanya memberikan kita dugaan dan cabaran yang tersendiri. Adakalanya kita gembira, adakala kita lelah dan adakala rasa itu bercampur baur.


Kadang kadang niat murni kita juga dipandang sepi. Mahu berubah tetapi sudah diejek ejek dengan kata² yang melemahkan semangat. Mungkin kerana bayangan akhlak kita yang terdahulu yang tidak terpuji. Lalu kebaikkan itu sekadar terhenti di dalam hati. Respon manusia menyebabkan kita mengundur diri. Ada suatu ketika kita menguntum senyuman sebagai tanda mesra, tetapi dibalas dengan lirikkan sinis yang penuh dengan makna. Tangan yang kita hulur sebagai salam tetapi dikilas dengan dendam dalam diam. Mahu bertentang mata pun sudah jadi canggung. Apatah lagi mahu bertepuk tampar dan bergurau senda.

Tetapi adat fitrah manusia. Hati yang terdidik dengan kebaikkan dan kelembutan tidak mungkin terus terusan egois. Apatah lagi membenci. Fitrah manusia ini yang mendandan rasa serba salah. Seolah olah peluru berpandu yang menebak hati. Kita mula berkira² tentang kesilapan diri sendiri. 


Aku pula? Aku akan rebah dengan dunia. Perlahan lahan hati aku goyah iman aku berterbangan bagaikan burung tiada arah. Ya, aku akan pergi. Pergi jauh dari dunia ini. Jauh dari manusia yang membenci. Bukan ku berkecil hati tapi aku terlalu penat hendak meneruskan hidup ini. Perlahan lahan aku ingin pergi selamanya dari dunia manusia. Sampai masa nanti aku akan pergi jua. Rinduilah aku andai aku pernah memberi makna dalam kehidupan kalian. Aku hargai sesiapa pun kalian.



1 comment: