>

Kemaafan


Hello..

Nobody's perfect. Kita semua sudah sejak lama memahami kalimat itu. Tak ada seorang pun yang sempurna. Makanya, setiap orang boleh melakukan kesalahan. Namun kenyataannya kita tidak selalu dapat menerima kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Makanya, ketika orang lain melakukan kesalahan, kita dengan mudahnya memberikan penilaian buruk kepada mereka. Padahal, jika kita melakukan kesalahan, bukankah kita menginginkan kesempatan kedua?


Kalau di hitungnya silap salah saye mungkin setebal Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka mungkin. Minta maaf?? Meminta maaf memang mudah namun memberi kemaafan amatlah sukar. Kemaafan itu amat payah diberikan jika hati kita tidak mengakuinya secara ikhlas. Mereka yang mampu memberikan kemaafan amatlah mulia. Ini akan melibatkan emosi dan reputasi seseorang itu. Seseorang yang mampu memaafkan akan bersikap tenang dan tidak berdendam.

Saya telah berbicara dengan seorang 'IBU' yang begitu memahami. Beliau telah memberikan kata-kata nasihat dan kekuatan. Walaupun beliau tidak mengenali saye, beliau tidak lokek memberikan mutiara berguna. Saye petik kata-katanya :
" Takpe, belajar dari pengalaman. Setiap orang yang Jue jumpa adalah 'guru'. Kita belajar dari dia tapi tak semestinya setiap pelajaran yang diajar kita kena ikut. Gunakan pengalaman dan akal yang Allah berikan untuk menimbal balik mana yang baik dan mana yang buruk. Hurm, maafkan dia? Ya,itulah yang sebaik-baiknya. "

Adakala hendak sangat membenci namun apa yang ada dalam diri tak memungkin semua tu berlaku. Saye maafkan je kesilapan orang lain pada saye. Tapi untuk saye mendapatkkan kembali kemaafan tu amatlah sukar. Mohon di bukakan pintu hati tu ea. And Nadra Ruba'i saye maafkan awak 'sayang'. Awak lebih kenal macam mane saye. Pasti awak tau akan sentiasa ade kemaafan untuk awak. Dan maafkan saye untuk segalanye yang berlaku antara kita.


0 Budak Comel:

Post a Comment