>

Hargailah orang tua kita



IBU bapa adalah insan paling mulia dalam kehidupan kerana itulah agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi nilainya.

Mereka yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak. Ingat apa yang kita miliki hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga adalah hasil pengorbanan ibu bapa. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat serta pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini.


Namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung itu. Malahan, ada anak yang sanggup membuang dan menyisih ibu bapanya. Mereka ini sanggup meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan atas alasan tidak sanggup melayan kerenah ibu bapa yang semakin tua. Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga kini seramai 1,857 ibu bapa ditempatkan di rumah Seri Kenangan tanpa kasih-sayang anak. Mereka ini merintih keseorangan mengharap anak sentiasa mendampingi mereka.


RUMAH SERI KENANGAN KUCHING
(alamat penempatan sementara RSK)
Pusat Pemulihan Samarahan
KM1, Jalan Datuk Muhammad Musa
94300 Kuching Samarahan Sarawak
No Telefon: 082-611122
No Fax : 082-619817

Rumah Seri Kenangan Kuching, dimana ouls tengok orang orang tua tanpa keluarga ditempatkan. Sedih tengok tapi melayan segala kerenah dorang sangat mengiburkan. Sekarang warga tua ni ditempatkan di penempatan sementara sebab kerajaan nak membaikpulihkan rumah tersebut yang sebelum ni terletak di Batu 12. Nenek atok sekalian, maafkan jue lame sangat tak jenguk. Semalam jenguk semacam lak sayu di hati bile dorang ingat lagi jue ni. Paling takleh tahan dok tanye " Ape khabar budak Nadra awak tu?" Seyes, auto je nak nangis. Hurm, saye harap awak baik Nanad.


0 Budak Comel:

Post a Comment