>

Dugaan kehidupan


Hello..


Dah masuk hari ke-3 berada di bulan ramadhan. Sayu jer hati bila terpaksa bersendirian di bulan mulia ni. Tak berkesempatan lagi menunaikan ibadah yang wajib ni. Hurm.. Nak wat camner my sunshine meragam je pepagi kan. Dah tanye Uncle Google beberapa kali akhirnye jumpe gak jalan camner nak tahan puasa dalam keadaan camni. Pergh! Serba tak tau sekarang kene lah tau banyak perkara sebab semuanye kene hadapi sendiri lagi nanti. Dugaan. Tapi ape pon kita sebagai manusia hanyalah merancang, Allah yang menentukannya. Maybe ade hikmah di sebalik semua ni. Maybe I guess. Tak apela.

Kata seorang Hamba Allah ni ..
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda. Tapi sedihlah jika anda tidak mahu memahami orang lain. Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda. Tapi sedihlah jika anda tidak percaya pada diri sendiri. Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda. Tapi sedihlah jika anda belum membuat persiapan. Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda. Tapi sedihlah jika anda tidak bisa menghargai orang lain. Jangan sedih bila orang lain menghina anda. Tapi sedihlah jika anda membuat hina pada diri sendiri. Jangan sedih bila orang lain memaki anda. Tapi sedihlah jika anda bermulut jahat pada orang lain. Jangan sedih orang selalu mengritik kita. Tapi sedihlah jika anda tak pernah mahu perbaiki diri. Jangan sedih kerana anda selalu jatuh. Tapi sedihlah jika anda tak mahu bangkit kembali. Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda banyak pahit getir. Tapi sedihlah jika anda tak pernah belajar daripada pengalaman.

KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah tidak asing kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan. Maka saye berusaha belajar bersabar. Sabarlah wahai hati. Allah maha mengetahui.


0 Budak Comel:

Post a Comment