>

Copy from Secret Posts Malaysia

Copy from Secret Posts Malaysia

Aku rasa semua lelaki patut baca ni. Especially yang pernah rosakkan anak dara orang.

Mungkin kau tak rasa apa-apa lepas kau dump perempuan yang kau pernah tidur sekali. Tapi pernah kau fikir apa akan jadi dekat perempuan tu nanti? Kalau jawapan kau “lantak dia la, siapa suruh dia yang nak bagi dekat aku.” HAHA. Mari, aku bagi dekat kau full explanation kenapa kau patut minta maaf dekat perempuan yang kau pernah rosakkan dan bertanggungjawab terhadap perempuan tu.

Pernah kau terfikir sebelum kau rosakkan dia, dia tak pernah pun tahu apa itu seks? Pernah kau terfikir dia beri semua benda dekat kau sebab dia naif dan tak tahu yang itu bukan satu-satunya cara untuk tunjuk kasih sayang dia? Pernah kau terfikir kalau kau yang tak mulakan dulu, dia takkan beri dara dia dekat kau? Kalau kau cakap dia sepatutnya gunakan otak dia, kau bodoh. Kalau kau cakap “perempuan baik takkan buat macam tu, tu maknanya dia tak baik.” kau manusia paling bangang.

Kalau kau guna ayat manis, ayat cinta, kau cakap kau tak boleh hidup tanpa dia, kau rasa masa tu otak dia boleh berfungsi dengan baik ke? Cinta tu buta.Syaitan tu merata-rata untuk hasut. Ayat manis + nafsu + hasutan syaitan = bad judgement. Percayalah, sedangkan wanita alim pun boleh tumpas, inikan pula gadis biasa yang dibesarkan oleh keluarga biasa.

Kau tiduri dia.Kau rampas dara dia. Kau cakap “perempuan tanpa dara takkan laku.” habis tu, kau masih ada teruna? walaupun kesan fizikal tiada, walaupun bakal isteri kau tak boleh bezakan kau teruna ke tak, tapi diri kau tahu. Kau tahu kau pernah rosakkan seorang perempuan dalam hidup kau. Pernah kau fikir bagaimana perempuan tu hidup lepas kau dump dia? macam mana perempuan tu akan berhadapan dengan bakal suami dia. macam mana perempuan tu akan bagitahu suami dia yang dia dah tak ada dara?

Bayangkan kalau semua benda tu jadi dekat mak,kakak atau adik kau. atau bakal isteri kau sendiri. Apa yang kau rasa? Apa yang kau rasa bila seorang lelaki rosakkan adik kau, lepastu buang dia macam sampah. Apa kau rasa bila kau tidur dengan wife kau lepastu kau dapat tahu lelaki lain pernah buat benda yang sama dengan wife kau?

Kalau niat kau masa kau tiduri perempuan tu cuma untuk suka-suka and sebelum kau tiduri dia kau janji kau akan jaga dia sampai bila-bila. Kau penipu. Kau lagi hina dari binatang. Taraf kau lagi hina dari seorang perogol. Memanipulasi seorang perempuan semata-mata untuk memuaskan nafsu kau sendiri. Lagi hina bila kau dump dia, dan lepastu kau cari perempuan lain untuk di jadi kan teman wanita baru kau yang mungkin kau akan rosakkan juga.

Ya, aku bercakap berdasarkan hidup aku sendiri.
Aku benci lelaki macam kau. Tapi aku tak pernah menyesal kenal lelaki seperti kau kerana tanpa kau, mungkin aku takkan nampak warna sebenar seorang lelaki. Dan mungkin aku takkan dapat tulis post ini untuk perempuan yang masih naif diluar sana.

Untuk perempuan yang masih naif. Ini untuk kau.
Awal perkenalan memang seronok bila dapat teks dan call yang lovey dovey.
Kau akan rasa hidup kau bahagia sangat sebab disayangi
Kemudian dia pegang tangan kau.
Kau rasa berdebar, malu-malu sebab itu kali pertama kau berpegangan tangan.
Dari tangan, dia mula hantar ciuman melalui teks dan call.
Kau rasa dia sangat sweet dan penyayang.
Melalui ciuman di dalam phone, bila dating dia akan mula pegang pinggang kau, kemudian peluk kau.
Kau rasa disayangi,kau rasa macam dunia ni kau yang punya.
Dari pelukan, mula ciuman di pipi, kemudian teks romantis.
Kau rasa macam kau terapung di awangan. Pipi kau merah, muka kau panas.
Dari teks romantis dia mula bercakap mengenai susuk tubuh kau. Katanya menawan dan cantik.
Kau rasa bahagia sebab sebelum ni tak pernah orang puji kau macam tu.
Dari pelukan biasa dan ciuman pipi, dia mula ajak kau bercium mulut.
Kau relakan sebab dalam tv, ciuman mulut tandanya sayang.
Dari ciuman mulut,dia mula hantar teks bagaimana dia pernah mimpi tentang kau dan dia tidur sekali.
Kau teragak-agak untuk melayan, tapi akhirnya kau layan sebab kau takut dia akan terasa hati.
Dari perbualan romantis biasa menjadi perbualan berbaur lucah.
Kau rasa seronok sebab kau rasa sangat dewasa.
Dulu dating berpelukan, ciuman mulut akhirnya bertukar kepada ringan-ringan.
Kau biarkan dia raba tubuh badan kau. Kau rasa macam hidup ni cuma untuk dia.
dulu cuma berani masukkan tangan dalam baju, kau biarkan tangan dia merayap ke dalam seluar kau.
Kau fikir “apa salahnya, cuma benda biasa.”
Lama kelamaan, kau, dia berada di atas katil. Kau serahkan harga diri dia dekat kau hanya kerana dia janji mahu bertanggungjawab dan sehidup semati dengan kau.
Perkara yang sama berulang sehingga kau dengan dia bergaduh dan kemudian putus.

Ya, seks memang awalnya seronok. Tapi, dengarlah wahai perempuan, jangan tersilap langkah seperti aku,kelak kau akan menyesal. Seronok yang sementara tak berbaloi dengan penyeselan yang kau alami. Walaupun aku tak pernah kantoi, atau pun mengandung, tapi aku sangat menyesal.

Aku harap ada orang pernah nasihatkan aku sebelum benda tu terjadi. Tak berbaloi kau berikan harga diri kau kepada lelaki yang tak layak. Tiada alasan untuk kau berikan dara kau kepada lelaki tanpa ikatan yang sah. Kemungkinan lelaki tu akan tinggalkan kau lagi tinggi dari kemungkinan yang dia akan bertanggungjawab. Jangan jadi bodoh. Kalau kau nak sangat, kau kahwin awal.

Sekurang-kurangnya kalau kau diceraikan, harga diri kau masih ada. Ramai lelaki durjana di luar sana yang menyamar macam lelaki baik, caring dan loving. Jangan terpedaya.

Jaga diri sendiri, jangan terlalu hanyut bercinta sampai kau serah semuanya. Simpan untuk yang layak. Kau akan lebih bahagia nanti.


Hargailah orang tua kita



IBU bapa adalah insan paling mulia dalam kehidupan kerana itulah agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi nilainya.

Mereka yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak. Ingat apa yang kita miliki hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga adalah hasil pengorbanan ibu bapa. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat serta pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini.


Namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung itu. Malahan, ada anak yang sanggup membuang dan menyisih ibu bapanya. Mereka ini sanggup meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan atas alasan tidak sanggup melayan kerenah ibu bapa yang semakin tua. Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga kini seramai 1,857 ibu bapa ditempatkan di rumah Seri Kenangan tanpa kasih-sayang anak. Mereka ini merintih keseorangan mengharap anak sentiasa mendampingi mereka.


RUMAH SERI KENANGAN KUCHING
(alamat penempatan sementara RSK)
Pusat Pemulihan Samarahan
KM1, Jalan Datuk Muhammad Musa
94300 Kuching Samarahan Sarawak
No Telefon: 082-611122
No Fax : 082-619817

Rumah Seri Kenangan Kuching, dimana ouls tengok orang orang tua tanpa keluarga ditempatkan. Sedih tengok tapi melayan segala kerenah dorang sangat mengiburkan. Sekarang warga tua ni ditempatkan di penempatan sementara sebab kerajaan nak membaikpulihkan rumah tersebut yang sebelum ni terletak di Batu 12. Nenek atok sekalian, maafkan jue lame sangat tak jenguk. Semalam jenguk semacam lak sayu di hati bile dorang ingat lagi jue ni. Paling takleh tahan dok tanye " Ape khabar budak Nadra awak tu?" Seyes, auto je nak nangis. Hurm, saye harap awak baik Nanad.


Syafa Wani


Hello..


Entri sebelom melelapkan mata. Nak share dengan uols serba sikit tentang budak comel angat. Hahaha.. "ngade eh kak" nanti dye mesti kate camtu. Hahaha.. Okay sambung. Memang ramai budak comel yang kenal saye. Eh salah, yang saye kenal. Saye tak bermaksud nak riak kat sini. Cuma.. cuma.. da takdir terima jela. Semua yang saye kenal comei comei belaka. Termasuklah awak, awak dan awak yang baca ni. Bangga ahh? Hehehe.. 

Okay mari berkenalan. Nama diberi Syafa Wani. Cantek eh name dye. Menurut Uncle Google 
Syafa/shifa' : Penawar
Wani : Mutiara
Maksud yang baik , Alhamdulillah. Dye ni lebih selesa dipanggil 'Syafa'. Umur? Budak lagi baru 19tahun. Err~ status, masih belum berumah tangga jangan risau. Kalau dye nak kawen nanti dye jemput lah saye. Setakat ni takde kad jemputan dari dye so belum lagi la tuu. Tapi mungkin da ada calon. And bukan single. Tanye empun badan di Twitter beliau. Hehehe..


Bercerita mengenai detik perkenalan kteorang, memang tak best sangat sebab semua dari salah faham. Eh, pulak kan? Hahaha.. Dah lupekan jelaa. Ape pon, saye nak cite budak ni baik orangnye. Selalu je cakap " Akak nak share something share je ngan syafa" See, fikir akal logik saye yang di panggil akak ni pon takde fikiran matang macam dye ni. Padahal dye 19tahun je berbeza dengan saye yang 26tahun. Betol orang kate kematangan sebenarnya bukan terletak pada angka usia kita. 

Syafa, thanks tau sebab jadi kawan akak. Terima kasih banyak banyak sebab sampai sekarang syafa masih ada disisi akak, mendengar segala cerita best, sedih, bosan, poyo akak.. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK! Akak sayang syafa tau. Semoga sentiasa di bawah lindunganNYA. Amin..


Kemaafan


Hello..

Nobody's perfect. Kita semua sudah sejak lama memahami kalimat itu. Tak ada seorang pun yang sempurna. Makanya, setiap orang boleh melakukan kesalahan. Namun kenyataannya kita tidak selalu dapat menerima kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Makanya, ketika orang lain melakukan kesalahan, kita dengan mudahnya memberikan penilaian buruk kepada mereka. Padahal, jika kita melakukan kesalahan, bukankah kita menginginkan kesempatan kedua?


Kalau di hitungnya silap salah saye mungkin setebal Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka mungkin. Minta maaf?? Meminta maaf memang mudah namun memberi kemaafan amatlah sukar. Kemaafan itu amat payah diberikan jika hati kita tidak mengakuinya secara ikhlas. Mereka yang mampu memberikan kemaafan amatlah mulia. Ini akan melibatkan emosi dan reputasi seseorang itu. Seseorang yang mampu memaafkan akan bersikap tenang dan tidak berdendam.

Saya telah berbicara dengan seorang 'IBU' yang begitu memahami. Beliau telah memberikan kata-kata nasihat dan kekuatan. Walaupun beliau tidak mengenali saye, beliau tidak lokek memberikan mutiara berguna. Saye petik kata-katanya :
" Takpe, belajar dari pengalaman. Setiap orang yang Jue jumpa adalah 'guru'. Kita belajar dari dia tapi tak semestinya setiap pelajaran yang diajar kita kena ikut. Gunakan pengalaman dan akal yang Allah berikan untuk menimbal balik mana yang baik dan mana yang buruk. Hurm, maafkan dia? Ya,itulah yang sebaik-baiknya. "

Adakala hendak sangat membenci namun apa yang ada dalam diri tak memungkin semua tu berlaku. Saye maafkan je kesilapan orang lain pada saye. Tapi untuk saye mendapatkkan kembali kemaafan tu amatlah sukar. Mohon di bukakan pintu hati tu ea. And Nadra Ruba'i saye maafkan awak 'sayang'. Awak lebih kenal macam mane saye. Pasti awak tau akan sentiasa ade kemaafan untuk awak. Dan maafkan saye untuk segalanye yang berlaku antara kita.


Dugaan kehidupan


Hello..


Dah masuk hari ke-3 berada di bulan ramadhan. Sayu jer hati bila terpaksa bersendirian di bulan mulia ni. Tak berkesempatan lagi menunaikan ibadah yang wajib ni. Hurm.. Nak wat camner my sunshine meragam je pepagi kan. Dah tanye Uncle Google beberapa kali akhirnye jumpe gak jalan camner nak tahan puasa dalam keadaan camni. Pergh! Serba tak tau sekarang kene lah tau banyak perkara sebab semuanye kene hadapi sendiri lagi nanti. Dugaan. Tapi ape pon kita sebagai manusia hanyalah merancang, Allah yang menentukannya. Maybe ade hikmah di sebalik semua ni. Maybe I guess. Tak apela.

Kata seorang Hamba Allah ni ..
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda. Tapi sedihlah jika anda tidak mahu memahami orang lain. Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda. Tapi sedihlah jika anda tidak percaya pada diri sendiri. Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda. Tapi sedihlah jika anda belum membuat persiapan. Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda. Tapi sedihlah jika anda tidak bisa menghargai orang lain. Jangan sedih bila orang lain menghina anda. Tapi sedihlah jika anda membuat hina pada diri sendiri. Jangan sedih bila orang lain memaki anda. Tapi sedihlah jika anda bermulut jahat pada orang lain. Jangan sedih orang selalu mengritik kita. Tapi sedihlah jika anda tak pernah mahu perbaiki diri. Jangan sedih kerana anda selalu jatuh. Tapi sedihlah jika anda tak mahu bangkit kembali. Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda banyak pahit getir. Tapi sedihlah jika anda tak pernah belajar daripada pengalaman.

KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah tidak asing kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan. Maka saye berusaha belajar bersabar. Sabarlah wahai hati. Allah maha mengetahui.