>

Mengembara mencari cinta


Anyonghasaeyo..

Sebelum tu nak gelak bole?? Hahaha.. Tajuk dah taknak sadis lagi kan? Hahaha.. Tapi itulah kebanyakan orang yang popular di dunia tidak dapat mencari cinta yang berkekalan. Untuk anda, walaubagaimanapun, ia boleh berbeza. Ia seperti jauh dalam diri kita sebuah kekosongan yang wujud walaupun seratus kekasih tidak boleh mengisi. Namun masih ada harapan. Kite semua tau berada dalam percintaan adalah berisiko. Kecantikan pudar. Manusia berubah. Pada bila-bila masa kita mungkin akan kehilangan orang yang kita cintai melalui kematian atau dalam sebarang keadaan. Lebih mendalam cinta kita, lebih teruk penderitaan.

Tapi ape yang saye nak kongsi ni bukan ayat ayat cinta bercerita ehh. Hehehe.. Alkisah nye saye mengembara mencari insan yang saye gelarkan sebagai cinta. Yee, dye cinta kesayangan saye yang taknak saye lepaskan. Kekadang saye fikir keinginan mendalam cinta kita kelihatan di luar pencapaian sehingga kita tidak mahu memikirkan tentangnya, malah ia masih wujud seperti penderitaan yang membosankan dan enggan meninggalkan kita. Hanya untuk seketika berhadapan dengan keinginan mendalam, tidak kira ia kelihatan mustahil. Cabarlah diri sendiri melihat apa yang ditunjukkan.


Saye mencabar diri terbang dari Bumi Kenyalang ke kotaraya Kuala Lumpur demi ingin berjumpa dengan insan yang saye sayangkan. Ini kali pertama saye mengembara seorang diri ke negeri bukan kelahiran saye. Saye anak jati Sarawak. ( Bangga jap jadi orang Sarawak) Hahaha.. Penerbangan dari Kuching International Airport ke Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) mengambil masa 1 Jam 40 Minit ( kate pramugari lah kan) Hehehe.. Sampai je LCCT saye tak pulak jadi jakun sebab dah buat berrbagai bagai kajian sebelum datang untuk mengelakkan tersesat. Ingat sediakan payung sebelum hujan. Hehehe.. Di LCCT saye hanya membayar RM8  untuk menaiki Jetbus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Perjalanan LCCT ke TBS mengambil mase 1 Jam ke 45minit. Tapi serius terasa sangat lame dek kerana jem dan hujan lebat. Sabo jelaa mase tu.


Samapai je kat TBS saye blur. Hati berbisik sendiri "..Mak aii, beso nye TBS ni.." Pergh! Dah bole kalahkan Kuching Sentral yang juga merupakan Terminal Bas di Kuching Sarawak. Tapi Kuching Sentral memang tak besar pon malahan baru di buka tahun lepas. Tapi itulah nadi rakyat Sarawak nak ke mane mane dengan menaiki bas express atau biasa. Okey berbalik ngan TBS, setiba je kat TBS saye mencari kaunter tiket. Okey jumpa terus je cakap kat cashier tu "..balit muar.." Hahaha.. (mohon gelak ramai-ramai) mane lah dye faham saye tetibe cakap Sarawak pulak. Serius memang saye lupe saye bukan berada di Bumi Kenyalang. Lepas tu saye gelak sendiri then kate nak balik muar. Tiket ke Muar 6.45. Saye lak lapo sangat usah cakap lah. Terkejar mase saye berkejar jugak ke 7E nak cari makanan. Sempat lak kan. Lepas tu cari Gate 1. Asyik bercakap sorang "..manelah gate 1 ni.." Pusing punye pusing okey jumpe terus check in sebab dah kejar mase. 


Haa.. Ni tiket ke Muar. Hanya perlu bayar RM17.60 je. Saye pilih bas ni sebab bas ni teus direct ke Muar. So saye takkan sesat kan nanti. Hehehe.. Sangat risau bile sesat. Perjalanan dari TBS ke Muar mengambil mase 2 Jam 20 Minit camtu. Tak terasa sebab excited ngan jumpa wajah kesayangan hamba. Hehehe.. Sampai je Muar pukul 9.10 PM. Hujan rintik rintik. Takpe dye dah tunggu pon kat situ. yeaah.. Macehh tau. Hehehe.. Akhirnya perjalanan yang agak memenatkan terus bertukar segar lepas tengok dye. Pergh! Hati berbisik lagi "..biar betol kau ni jue.." Saye tergelak sendiri. Malahan turut bangga dengan diri sendiri boleh mengembara sejauh tu. hehehe..

0 Budak Comel:

Post a Comment