>

Awak.. Maafkan saya


Hello..


Cinta kadangkala membuat kecewa. Cinta kadangkala membuat sakit hati. Cinta seperti itulah yang kurang difahami oleh kebanyakkan daripada kita. Cinta itu hadir penuh dengan kejutan. Tapi kadangkala cinta ini membuat kita seperti membuat persembahan di pentas yang luas. Aku pula menipu demi untuk cinta. Kini cinta itu pergi meninggalkan ku. Namun ku inginkan cinta itu kembali walaupun sangat mustahil untukku. Saat kita menunggu sesuatu yang mustahil kita merasakan bodoh. Aku mula merasakan diri ini sudah tidak lagi perlu aku peduli. Hari demi hari aku merasakan hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Aku merasakan dah berputus asa dengan hidup ini.

Aku tak pernah merasa apa yang tak pernah aku rasakan dalam hidup ini. Aku terlalu berharap kepada yang tak pasti. Ini lah kehidupan. Apa yang kita inginkan pasti itu adalah benda yang paling susah nak dimiliki. Dan apa yang kita tak sangka, itu yang kita akan miliki. Aku tak pernah menyalahkan takdir. Kerana aku percaya ini adalah takdir yang harus aku tempoh. Aku boleh tersenyum seperti orang lain. Aku aku tak pernah gembira seperti orang lain. Hidup ini adalah pilihan. Ditinggalkan oleh orang yang kita sayang atau meninggalkan orang yang kita sayang. Aku merasakan aku telah ditinggalkan oleh orang yang aku sayang. Hidup ini tidak pernah menjanjikan apa-apa yang terbaik dalam diri seseorang. Alangkah indahnya jika diri ini mengerti setiap isi hati. Siapa aku dalam diri dia. Tapi sungguh sedih apabila diri ini tidak pernah faham satu pun.

Kadangkala aku terfikir. Kalau lah aku ni sebuah buku. Adakah semua cerita dalam buku akan ditulis dengan cerita yang menarik. Adakah aku akan menjadi watak yang menarik dalam cerita ataupun menjadi watak yang menyedihkan. Kadangkala aku sering bertanya pada diri ini. Bilakah aku akan menjadi seperti orang lain. Dapat menemukan cinta yang sangat indah. Dapat bersembang-sembang mesra. Ya aku merasakan cinta itu sekali dengannya namun sebagai orang lain. Semua itu tiada makna padanya kini. Aku rasa nak menjerit je malam ni sekuat hati aku. Merasakan kesakitan yang aku alami sekarang ini. Hati ini rasa hiba sangat-sangat. 

Maafkan diri ini jika masih mengharapkan diri awak. Maafkan saya masih lagi menanti. Maafkan saya terlalu menyakiti hatimu itu. Maafkan saya mencintai awak sebagai orang lain. Maafkan saya selama ni banyak sangat menipu awak. Maafkan saya menghancurkan segala impian kita. Maafkan saya kerana perasaan rindu, cinta masih ada dalam diri ini untuk awak. Bukan saya menghukum awak tapi saya sangat cintakan awak. Maafkan saya..




0 Budak Comel:

Post a Comment